Section Heading

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Temperature 27 °C Thunderstorms

KUL
Kuala Lumpur

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

FAQ On Recovery Movement Control Order (RMCO)

The Malaysian government has implemented the Recovery Movement Control Order (RMCO) from 10 June 2020 to 31 December 2020 to continue curbing the spread of COVID-19.  Here is what you need to know about the new normal in air travel during this period.

1. Have all flights resumed normal operations? 
There are no restrictions for all carriers to resume their operations. However please note that only interstate travel is allowed, and our borders are still closed until further notice. Therefore you are advised to check with the respective airline companies on your flight schedules.

2. Who will be allowed to fly out of Malaysia?
a) Visitors and foreign nationals
b) Malaysian citizens and Permanent Residents holding work permit from the third countries who wish to return to their place of work. You are required to  produce the necessary documents at the point of departure (Resident Pass/Long Term Pass/Work Permit).
c) Malaysian citizens who are students who wish to resume their studies, sit for examination or who have received offers to study abroad. You are required to produce the necessary documents at the point of departure (Student Pass/Visa/Long Term Pass/Letter of Offer/Letter of Instruction).

Malaysian citizens who need to travel abroad for emergency, work, attending seminar and other business purposes will have to submit their application to the Immigration Department of Malaysia.

3. Who will be allowed to fly into Malaysia?
3.1 Other than Malaysian citizens and Permanent Residents, following are the list of foreigners who are allowed to enter Malaysia:
a) Employment Pass Category I, II and III (EP I, EP II & EP III), with dependants and their domestic helpers
b) Residence Pass-Talent (RP-T), with dependants and their domestic helpers
c) Professional Visit Pass (PVP), with dependants and their domestic helpers 
d) Long Term Social Visit Pass (LTSVP), with dependants and their domestic helpers e) Foreign patients (with 1 companion) seeking medical treatment – application must be made through Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
3.2 Please note that all entries into Malaysia must comply to the following:
a) Download and activate the contact tracing app, MySejahtera into their mobile/gadget 
b) Fill up the health declaration form in MySejahtera 
c) Undergo a Covid-19 medical screening
d) Undergo 14 days quarantine at designated quarantine centres by the government. The cost of which is to be borne by the passenger. 

3.3 Airline and cargo crews including private jets are required to go through health screening before immigration clearance.

4. Will international passengers be able to transit at our airport?
Yes. You are required to produce your boarding pass/valid ticket to your next foreign destination. However only transit within the same terminal is allowed for international transit passengers.
Please check with your airlines on your baggage transfer and the allowable transit duration for your connecting flight.

5. Can Malaysians or foreign visitors (who are currently in Malaysia) from Peninsula Malaysia fly to Sabah or Sarawak, and vice versa?
Malaysian citizens are allowed to travel from Peninsula Malaysia to Sabah or Sarawak, and vice versa. 
Foreign visitors (who are currently in Malaysia) are advised to contact these Immigration offices for further clarification:
SABAH Immigration Corporate Office at +6088-488 700 or email at korp_sbh@imi.gov.my
SARAWAK Immigration Corporate Office at +6082-245 661 or email at ukkjim@gmail.com

6. What is the procedure of passengers arriving from Sabah?
From 27 September to 10 October 2020, all entries from Sabah must comply to the following:
a) Download and activate the contact tracing app, MySejahtera into their mobile/gadget 
b) Fill up the health declaration form in MySejahtera and Home Surveillance Order form 
c) Undergo a Covid-19 medical screening 
d) Undergo mandatory home quarantine as per the Ministry of Health’s Home Surveillance Order (HSO) rules 

7. Are the shops, services and F&B outlets at the airport open during this period?
Yes, most of the retail and F&B outlets at the airport are now open. You are also required to register your visit through the available contact tracing app at each individual outlet. 

You are able to dine-in at our F&B outlets while observing physical distancing measures. You may also order take-away meals at outlets that do not offer dine-in options. 

We highly encourage all airport guests to go cashless at our retail and F&B outlets through the myriad e-payment services provided.

8. What are the safety measures taken at the airport? 
We will screen the body temperature of all airport guests at every point of entrance to the terminal building and ensure they wear face mask. Social distancing markers are also in place to help guide airport guests, and convenient placement of hand sanitisers throughout the airport journey. We have also installed anti-microbial sneeze guards at service counters. 

The airport terminals are also regularly sanitised and disinfected using various methods such as dry-mist fumigation with a water-based chemical that kills 99% of microorganisms, Blu-ray anion nano spray gun and micro-mist blower which forms a thin layer of coating that protects the surfaces from unwanted microorganism. 
These measures are augmented by the presence of on-ground safety compliance officers patrolling the terminals and safety messages on digital screens to remind airport guests to continue practising safe measures.  Our friendly roving Airport CARE Ambassadors are also available for passengers requiring assistance. 

9. Can I get to the airport via public transport?
Yes, all public transport has resumed normal operations. However please check the service frequency with the respective service providers.

10. How can I get more information on COVID-19? 
You may contact the following centres for enquiries:

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Telephone: +603-88810200/600/700 
WhatsApp: +60178429454 
Email: cprc@moh.gov.my

National Disaster Management Agency (NADMA)
Telephone: +603-8064 2400 
Email: opsroom@nadma.gov.my / covid19operation@nadma.gov.my  
 


 

Soalan Lazim dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 untuk  membendung penyebaran wabak COVID-19. Berikut adalah norma baharu yang anda perlu tahu berkenaan perjalanan penerbangan sepanjang perintah ini berkuatkuasa.

1. Adakah semua syarikat penerbangan sudah kembali beroperasi seperti biasa?
Tidak ada sebarang sekatan untuk semua syarikat penerbangan meneruskan operasi penerbangan mereka. Namun perlu diingatkan bahawa hanya perjalanan antara negeri yang dibenarkan, dan sempadan negara masih ditutup sehingga diberitahu kelak. Oleh itu anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan anda.

2. Siapa yang terlibat dengan larangan keluar dari Malaysia?
a) Pelawat dan warganegara asing
b) Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang memegang permit kerja dari negara ketiga yang ingin kembali ke tempat kerja mereka. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Sijil Penduduk Tetap/Pas Jangka Panjang / Permit Kerja).
c) Warganegara Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran, menduduki peperiksaan atau yang telah mendapat tawaran belajar dari institusi luar negara. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Pas Pelajar / Visa / Pas Jangka Panjang / Surat Tawaran / Surat Arahan Menduduki Peperiksaan).

Warganegara Malaysia yang mempunyai keperluan untuk pergi ke luar negara atas sebab kecemasan, bekerja, menghadiri seminar dan lain-lain urusan perniagaan perlu mengemukakan permohonan mereka ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk kelulusan.

3. Siapa yang dibenarkan memasuki Malaysia?
3.1 Selain daripada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap, berikut adalah senarai orang asing yang dibenarkan memasuki Malaysia:
 
a) Pas Penggajian I, II dan III (EP I, EP II dan EP III), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
b) Pas Residen-Talent (RP-T), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
c) Pas Lawatan Profesional (PVP)

d) Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
e) Pesakit dari luar negara bersama seorang pengiring untuk rawatan perubatan - permohonan mesti dibuat melalui Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

3.2 Semua kemasukan ke Malaysia mesti mematuhi perkara berikut:
a) Muat turun dan aktifkan aplikasi pengesan, MySejahtera ke dalam telefon bimbit / alat peranti mereka
b) Isi borang pengisytiharan kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera
c) Menjalani saringan pengesanan COVID-19 
e) Kuarantin wajib selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan. Kos perkhidmatan kuarantin adalah di bawah tanggungjawab individu.

3.3 Kakitangan syarikat penerbangan termasuk pesawat peribadi perlu melalui saringan kesihatan sebelum melalui kaunter Imigresen.

4. Adakah penumpang antarabangsa boleh transit di lapangan terbang?
Ya. Anda diminta untuk menunjukkan pas masuk / tiket yang sah untuk ke destinasi antarabangsa seterusnya. Walau bagaimana pun, penumpang antarabangsa hanya dibenarkan untuk transit di bangunan terminal yang sama sahaja untuk ke destinasi berikutnya.

Sila semak status bagasi dan tempoh transit yang dibenarkan untuk ke destinasi selanjutnya dari syarikat penerbangan masing-masing.

5. Bolehkah warganegara Malaysia atau warga asing (yang kini berada di Malaysia) terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya?
Warganegara Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak, dan sebaliknya.
Pelawat asing (yang kini berada di Malaysia) dinasihatkan untuk menghubungi pejabat 
Imigresen berikut untuk penjelasan lebih lanjut:
Bilik Korporat Pejabat Imigresen Negeri SABAH di talian +6088-488 700 atau emel korp_sbh@imi.gov.my
Bilik Korporat Pejabat Imigresen Negeri SARAWAK di talian +6082-245 661 atau emel ukkjim@gmail.com
6. Apakah prosedur yang perlu dilalui untuk penumpang yang tiba dari Sabah?
Bermula dari 27 September sehingga 10 Oktober 2020, semua kemasukan dari Sabah mesti mematuhi perkara berikut:
a) Muat turun dan aktifkan aplikasi pengesan, MySejahtera ke dalam telefon bimbit / alat peranti mereka
b) Isi borang pengisytiharan kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera dan borang perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO)
c) Menjalani saringan pengesanan COVID-19 
d) Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) seperti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

7. Adakah premis-premis perniagaan, perkhidmatan dan premis makanan dibuka sepanjang tempoh penguatkuasaan ini?
Ya, kebanyakan premis perniagaan sudah mula beroperasi secara berperingkat. Walau bagaimanapun, waktu operasi mungkin berbeza. Anda dikehendaki mendaftar masuk menerusi aplikasi pengesan setiap kali anda melawat premis perniagaan di dalam bangunan terminal.

Anda dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal untuk makan di premis. Namun terdapat juga pilihan untuk membungkus makanan sekiranya makan di premis tidak dibenarkan.

Kami amat menggalakkan semua tetamu lapangan terbang untuk membuat pembayaran melalui pelbagai aplikasi pembayaran (tanpa tunai) di premis-premis perniagaan di dalam bangunan terminal.

8. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diamalkan oleh pihak lapangan terbang?
Kami akan memeriksa suhu badan anda di setiap pintu masuk ke bangunan terminal dan memastikan anda memakai pelitup muka. Penanda jarak untuk memastikan penjarakan sosial dan cecair sanitasi juga disediakan di lokasi-lokasi yang sesuai di dalam bangunan terminal. Kami juga telah memasang penghadang bersin anti-mikrob di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Terminal lapangan terbang juga kerap disanitasi menggunakan pelbagai kaedah seperti fumigasi dengan bahan kimia berasaskan air yang membunuh 99% mikroorganisma, semburan nano Blu-ray dan semburan mikro yang membentuk lapisan nipis yang melindungi permukaan daripada mikroorganisma yang tidak diingini.

Kami juga ada menempatkan anggota keselamatan yang sentiasa melakukan rondaan di bangunan terminal. Selain itu skrin digital juga ada memaparkan mesej-mesej keselamatan untuk mengingatkan tetamu lapangan terbang supaya terus mengamalkan langkah-langkah yang selamat. Duta CARE juga sedia berkhidmat untuk tetamu yang memerlukan bantuan.

9. Bolehkah saya pergi ke lapangan terbang dengan pengangkutan awam?
Ya, semua pengangkutan awam telah kembali beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, sila semak frekuensi perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

10. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan COVID-19?
Anda boleh menghubungi talian berikut untuk pertanyaan berkaitan COVID-19: 

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Telefon: +603-88810200/600/700 
WhatsApp: +60178429454 
Emel: cprc@moh.gov.my

National Disaster Management Agency (NADMA)
Telefon: +603-8064 2400 
Emel: opsroom@nadma.gov.my / covid19operation@nadma.gov.my  

 

Update: 28.9.2020