Back to Top

News

 

Bookmark and Share

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN PESARA MALAYSIA AIRPORTS 2018

03 October 2018

Sebuah Majlis Bagi Menzahirkan Ucapan Terima Kasih Malaysia Airports Di Atas Jasa Bakti Wargakerja Yang Bersara

SEPANG – Malaysia Airports meraikan seramai 100 orang pesaraorganisasi tersebut di dalam sebuah Majlis Makan Malam Penghargaanyang dianjurkan di Hotel Sama-Sama, KLIA semalam. Majlis tersebutdiadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada wargakerja yang telahmenabur jasa bakti mereka kepada organisasi ini sehingga merekamencapai usia untuk bersara. 

Menurut pemangku ketua pegawai eksekutif Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin yang turut hadir ke majlis penghargaan tersebut,” Dedikasi, integriti dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh para pesara semasa merekamasih wargakerja Malaysia Airports amat kami hargai. Mereka telahmemainkan sebahagian besar peranan kepada Malaysia Airports dan kami amat berbesar hati untuk menganjurkan majlis penghargaan kepada para pesara syarikat ini kerana mereka telah bertungkus lumus menjayakanmisi dan visi syarikat selama 26 tahun penubuhan Malaysia Airports.”

“Setelah hampir 30 tahun berada di dalam industri ini sudah tentukejayaan yang dikecapi oleh Malaysia Airports adalah hasil usaha samawargakerja Malaysia Airports. Pelbagai cabaran telah dilalui sehinggamenempa nama sebagai antara pengendali lapangan terbang tersohor di dunia. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami bukansahaja menghargai usaha dan dedikasi oleh para pesara tetapi kami juga menghargai pasangan dan ahli keluarga mereka yang turut menjadi tulangbelakang bukan sahaja kepada para pesara tetapi juga kepada Malaysia Airports. Saya yakin ada dikalangan mereka yang telah berkorban masa, wang dan tenaga demi kejayaan insan tersayang,” tambah Azmi lagi. 

Selain daripada itu, Malaysia Airports turut memberikan seminar persediaan persaraan dalam pelbagai modul kepada para pesara ini sepertipengurusan kewangan dan penjagaan kesihatan. Program seminar tersebutberjalan selama tiga hari dan dua malam dapat memberikan para pesarasuatu input dan memaksimakan masa yang terluang selepas persaraan.   

Mereka yang diraikan terdiri daripada mereka yang pernah bertugas di ibupejabat serta 39 lapangan terbang lain di seluruh Malaysia. Majlis ini turutmenyaksikan para pesara menerima Sijil Penghargaan PerkhidmatanMalaysia Airports dan jambangan coklat dari Eraman sebagai tandapenghargaan jasa mereka dan pasangan atau ahli keluarga kepada syarikat. Manakala sebanyak 6 baucer Bank Simpanan Nasional (SSPBSN) diberikan kepada 6 penerima bertuah yang memenanginya dalam acara cabutan bertuah bersempena majlis anugerah tersebut.  

“Majlis sebegini merupakan salah satu cara pihak pengurusanmengucapkan terima kasih atas segala bakti para pesara yang setia tanpajemu menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan syarikat,” tambahAzmi lagi



Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar