Back to Top

News

 

Bookmark and Share

WARGA KERJA MALAYSIA AIRPORTS TERIMA ANUGERAH KHIDMAT SETIA

18 May 2017

SEPANG - Malaysia Airports meraikan warga kerja syarikat itu yang telah berkhidmat selama 10 tahun, 20 tahun dan bakal pesara dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Setia Ke 15 - 2017.

Bagi tahun 2017, seramai 525 warga kerja Malaysia Airports layak menerima Anugerah Khidmat Setia di mana seramai 53 adalah penerima bagi kategori 20 tahun dan 472 penerima bagi kategori 10 tahun. Kesemua penerima anugerah bagi kategori 10 dan 20 tahun akan menerima sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium BSN.

Dalam majlis yang sama, buat pertama kalinya seramai 110 warga kerja yang bakal bersara daripada perkhidmatan turut sama diraikan bagi menghargai jasa mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Malaysia Airports.

Dalam ucapan pembukaan majlis tersebut, Tan Sri Dato' Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada kesemua penerima anugerah di atas kesetiaan dan komitmen kerja mereka yang berterusan kepada syarikat itu, dan turut menambah bahawa setiap kejayaan cemerlang yang dicapai Malaysia Airports pada hari ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa dedikasi dan pengalaman kerja setiap warga kerjanya, "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga kerja Malaysia Airports yang telah lama berkhidmat dengan penuh rasa setia dan dedikasi kepada syarikat. Malaysia Airports sangat bertuah kerana mempunyai warga kerja yang sangat komited dan sesungguhnya kejayaan demi kejayaan yang dicapai Malaysia Airports pada hari ini adalah hasil daripada usahasama dan kerja kuat anda semua. "

Di majlis yang sama, Wan Abdul Aziz turut berkongsi rasa sukacita beliau di atas pelbagai inisiatif syarikat dalam mendorong kepada kecemerlangan warga kerjanya, “Malaysia Airports sentiasa mewujudkan program atau inisiatif yang akan mendorong kepada kecemerlangan pekerja yang juga sebagai tanda penghargaan syarikat di atas usaha dan dedikasi para pekerja. Contohnya, sebagai tanda penghargaan ke atas jasa dan sumbangan wargakerja,bayaran bonus bagi tahun 2016 telah dibayar oleh pihak syarikat berdasarkan kemampuan syarikat. Selain itu, pihak syarikat juga telah bersetuju meluluskan struktur gaji baru kepada semua gred jawatan bagi kumpulan bukan eksekutif. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, struktur gaji baru ini merupakan yang terbaik di Malaysia jika dibandingkan dengan syarikat berkaitan kerajaan yang lain.”

Anugerah Khidmat Setia ini adalah salah satu daripada aktiviti penglibatan pekerja yang telah diadakan setiap tahun oleh Malaysia Airports yang bukan sahaja bertujuan untuk menghargai sumbangan warga kerja yang telah banyak berjasa tetapi  juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan seimbang dikalangan warga kerjanya.



Advertisement
Events Calendar