Back to Top

News

 

Bookmark and Share

Warga Kerja Malaysia Airports Terima Anugerah Khidmat Setia

24 October 2011

Kuala Lumpur, 24 October 2011 - Jasa seramai 286 orang wargakerja Malaysia Airports yang telah setia berkhidmat selama 25 tahun tidak dilupakan apabila mereka menerima Anugerah Khidmat Setia pada hari ini.

Wargakerja Malaysia Airports tersebut adalah terdiri daripada 102 orang yang bertugas di Semenanjung Malaysia, 86 orang yang bertugas di Sabah dan 98 orang di Sarawak.

Tan Sri Datuk Dr. Aris Othman, Pengerusi Malaysia Airports dalam ucapannya menyatakan: "25 tahun ini adalah bukti kesetiaan wargakerja Malaysia Airports yang telah mengharungi susah senang bersama-sama Syarikat. Saya percaya perkongsian ilmu dan pengalaman mereka akan meningkatkan semangat kerja berpasukan, menaikkan tahap keyakinan, memberi motivasi untuk menjadi yang terbaik, menjamin konsistensi dalam menjalankan tugas yang akan menghasilkan kecemerlangan prestasi Syarikat ke arah mengekalkan status dan visi Syarikat sebagai pengendali lapangan terbang terkemuka di dunia."

Anugerah Khidmat Setia ini adalah salah satu daripada aktiviti perhubungan pekerja yang amat dititikberatkan oleh Malaysia Airports. Aktiviti-aktiviti perhubungan pekerja bukan sahaja bertujuan untuk menjaga kebajikan wargakerja tetapi juga untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan seimbang.

25 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Malaysia Airports menekankan bahawa tenaga kerja yang setia tersebut bukan setakat telah menabur bakti, malah telah menyumbangkan kecekapan dan pengalaman mereka untuk generasi baru Malaysia Airports.

"Saya yakin wargakerja yang menerima Anugerah Khidmat Setia pada hari ini akan menjadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Malaysia Airports di samping menjadi role model kepada wargakerja muda Malaysia Airports", kata Tan Sri Aris lagi.


Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar