Back to Top

Latest News

 

Bookmark and Share

KEMPEN DERMA DARAH BERSEMPENA SAMBUTAN 70 TAHUN PERKHIDMATAN BOMBA & MENYELAMAT LAPANGAN TERBANG (AFRS) MALAYSIA AIRPORTS

12 September 2017

SEPANG – Malaysia Airports terus komited dan berusaha ke arah menyediakan perkhidmatan dan fasiliti bertaraf antarabangsa. Divisyen Bomba & Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports telah berkhidmat selama 70 tahun dalam memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan di lapangan terbang sentiasa di tahap yang terbaik.

Berikutan majlis sambutan 70 Tahun AFRS, kempen derma darah telah diadakan di Kawasan Pentas, Bangunan Terminal Utama, KLIA. Kempen derma darah ini dihadiri oleh para pengunjung, penumpang dan komuniti lapangan terbang itu sendiri. Kempen ini juga turut melibatkan warga kerja dari 17 buah lapangan terbang yang lain di bawah kendalian Malaysia Airports yang dijalankan secara berperingkat.

Majlis sambutan 70 Tahun Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat merupakan majlis yang julung - julung kalinya akan diadakan pada bulan Oktober di Pusat Latihan Malaysia Airports (MATC) KLIA bagi menghargai perkhidmatan dan anggota AFRS. Sambutan ini secara umumnya adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas akan peranan dan tanggungjawab perkhidmatan AFRS.

Dahulunya dikenali sebagai Airport Emergency Services (AES) dan ditubuhkan semasa Lapangan Terbang Sungai Besi mula beroperasi penuh pada tahun 1947, AFRS kini telah berkembang dan menempuh pelbagai cabaran yang sekaligus mendorong organisasi ini untuk terus komited dalam menyediakan perkhidmatan kebombaan bertaraf antarabangsa. Revolusi perkhidmatan dapat dilihat dari segi penyediaan anggota yang terlatih, jentera - jentera bomba yang berteknologi tinggi, peralatan kebombaan dan kemudahan - kemudahan latihan yang sentiasa dinaik taraf di semua lapangan terbang. Ini membuktikan komitmen dan kejayaan yang besar pihak pengurusan Malaysia Airports secara keseluruhan bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan operasi penerbangan sentiasa di tahap yang terbaik.

Turut hadir di majlis yang sama Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang), Tuan Haji Zainol Mohd Isa dan Pengurus Besar Bomba & Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS),  Tuan Abdul Malik Mohd Yunus. 



Advertisement
Events Calendar