Back to Top

Latest News

 

Bookmark and Share

Malaysia Airports Jadi Tuan Rumah Persidangan Polis Bantuan Ke-18

18 December 2006

Sepang, 18 Disember 2006 - 50 agensi yang menjadi Ahli Persatuan Polis Bantuan Malaysia hari ini berkumpul di Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan & Pegawai-Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia Kali ke-18 yang dianjurkan oleh Malaysia Airports untuk membincangkan isu-isu terkini berkaitan dengan pengurusan dan operasi keselamatan dengan Pihak Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menyelaraskan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi Polis Bantuan seluruh Malaysia.

Di antara agensi-agensi Polis Bantuan yang menghadiri persidangan ini ialah Felda, Pos Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Bank Negara, Malayawata Steel, Penang Port, West Port, Bintulu Port, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom, Bank Simpanan Nasional, Petronas dan Malaysia Airports. Persidangan ini dirasmikan oleh YDH CP Dato Mohd. Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman diiringi oleh YDH DCP Dato Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Selangor dan Y.Bhg. Datuk Kamaruddin Mohd Ismail, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kebombaan Malaysia Airports.

Persidangan kali ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan kehadiran lebih 90 perwakilan, jumlah yang tertinggi hadir ke persidangan Polis Bantuan di seluruh negara setakat ini. Kini terdapat kira-kira 74 agensi Polis Bantuan namun setakat ini hanya 48 agensi yang mendaftar menjadi Ahli Persatuan Polis Bantuan Malaysia.

Usul-usuI yang akan dibentangkan dalam persidangan kali ini adalah berkisar mengenai hal-hal pengurusan, Akta-Akta yang bersangkutan, Bidang Kuasa Polis Bantuan, Latihan-Latihan, Keahlian dan Isu-Isu lain yang berkaitan dengan operasi Polis Bantuan untuk melindungi dan mengawal keselamatan tempat-tempat, prasarana-prasarana dan sasaran penting yang dipertanggungjawabkan kepada agensi-agensi berkenaan.

Menurut Dato Seri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan Malaysia Airports: "Malaysia Airports mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan Persidangan kali ke-18 ini adalah sebagai tanda sokongan kepada aspirasi dan matlamat persatuan untuk meningkatkan tahap prestasi dan taraf profesionalisme para pegawai dan anggota Polis Bantuan."

Dato Seri Bashir juga menambah, "Persidangan Polis Bantuan kali ini juga memberi peluang kepada semua agensi yang hadir untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fungsi dan peranan Polis Bantuan Malaysia Airports dalam memikul tugas dan tanggungjawab melindungi keselamatan para penumpang dan pesawat yang beroperasi di KLIA dan juga Lapangan Terbang-Lapangan Terbang lain di Malaysia."


Advertisement
Events Calendar