Back to Top

Latest News

Datuk Badlisham Ghazali (empat dari kanan) bersama isteri, Datin Rogayah Ibrahim (lima dari kiri) dan pihak pengurusan Malaysia Airports bergambar kenangan bersama wakil-wakil penerima wang zakat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu  

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS AGIH WANG ZAKAT BERJUMLAH RM38 RIBU KEPADA KOMUNITI SETEMPAT DI TERENGGANU

11 May 2016

KUALA TERENGGANU – Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) meneruskan langkah gerak kerja beliau ke negeri di Pantai Timur dengan mengadakan lawatan kerja sehari ke Padang Terbang Redang; yang merupakan sebahagian daripada siri rangka lawatan kerja dua hari beliau ke Terengganu, yang telah bermula di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada Isnin lepas.

Memulakan lawatan kerja beliau ke padang terbang itu pada awal pagi semalam, Badlisham memperuntukkan masa lebih kurang dua jam untuk bersama-sama penduduk Pulau Redang dan wargakerja Malaysia Airports yang bertugas di padang terbang tersebut dalam satu majlis jamuan ringkas.

Di majlis itu, Malaysia Airports turut menyampaikan sumbangan wang zakat berjumlah RM6,600 kepada SK Pulau Redang untuk diagihkan kepada para pelajar yang layak menerima sumbangan wang zakat dan RM5,000 lagi disumbangkan kepada Masjid Kg Pulau Redang. Penyerahan wang zakat ini telah disempurnakan oleh Badlisham kepada Guru Besar SK Pulau Redang dan wakil Masjid Kg Pulau Redang.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Badlisham telah meluangkan masa lebih kurang tiga jam bersama wargakerja Malaysia Airports di lapangan terbang itu dalam satu sesi dialog yang membincangkan hala tuju perniagaan syarikat itu bagi jangka masa lima tahun akan datang dan juga memberi peluang kepada kakitangan untuk berdialog secara langsung dengan pengarah urusan Malaysia Airports itu.

Sejurus sahaja selesai sesi dialog bersama wargakerja Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Badlisham turut berkesempatan untuk menyampaikan Sijil Khidmat Setia kepada wargakerja lapangan terbang tersebut diatas jasa dan kesetiaan beliau sepanjang lima tahun perkhidmatan beliau bersama di Malaysia Airports. Badlisham juga turut berkesempatan untuk menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan wang zakat kepada pelajar SK Teluk Ketapang yang layak menerima wang zakat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24,000 dan juga kepada penghuni Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi berjumlah RM2,4000.

Mengulas tentang sumbangan wang zakat di kedua-dua majlis di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan Padang Terbang Redang, Badlisham berkata, “Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan kami sebagai sebuah entiti korporat dan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada komuniti setempat di mana kami beroperasi. Diharapkan sumbangan ini mampu menyuntik semangat anak-anak di institusi-institusi ini untuk memberikan yang terbaik dalam pembelajaran mereka dan sekaligus meneruskan legasi kita semua untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara di masa hadapan.”

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengurus Besar Malaysia Airports Sdn Bhd, Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Ahmad Ramli Mahmood dan Ketua Jabatan/ Unit Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


 
Advertisement
Events Calendar