Back to Top

News

 

Bookmark and Share

Kesetiaan Warga Kerja Malaysia Airports dihargai Melalui Anugerah Khidmat Setia

24 September 2013

Kuala Lumpur, 24 September 2013 - Jasa warga kerja Malaysia Airports yang telah setia berkhidmat tidak dilupakan apabila mereka menerima Anugerah Khidmat Setia pada hari ini.

Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports dalam ucapannya menyatakan bahawa, "Sesungguhnya Malaysia Airports sangat berbangga dan sangat menyanjungi wargakerjanya yang telah setia berkhidmat dan menabur bakti demi menjayakan misi dan visi Syarikat. Saya pasti ada keistimewaan tertentu yang telah mendorong wargakerja setia berkhidmat di Malaysia Airports."

Tahun ini, Anugerah Khidmat Setia telah dipertingkatkan dengan mengiktiraf tiga kategori khidmat setia yang baru. Mulai tahun ini, Malaysia Airports memberikanAnugerah Khidmat Setia kepada wargakerja yang telah berkhidmat selama lima, sepuluhdan dua puluhtahun berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini dimana anugerah tersebut hanyadiberikan kepada wargakerja yang telah berkhidmat selamadua puluh limatahun sahaja.

Pada hari ini seramai 233 wargakerja Malaysia Airports menerima Anugerah Khidmat Setia di dalam majlis yang diraikan di Hotel Sama-sama KLIA.Seramai 212 orang penerima adalah daripada lapangan-lapangan terbang di Semenanjung, manakala tujuh orang penerima adalah daripada lapangan-lapangan terbang Sabah dan 14 orang penerima adalah daripada lapangan-lapangan terbang Sarawak. Penerima-penerima anugerahadalah terdiri daripada 96 wargakerja yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 137 wargakerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun.

Seramai 417 orang wargakerja yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan Syarikat akan menerima Sijil Penghargaan yang akan disampaikan oleh Ketua Bahagian masing-masing.

Anugerah Khidmat Setia ini adalah salah satu daripada aktiviti perhubungan pekerja yang amat dititikberatkan oleh Malaysia Airports. Aktiviti-aktiviti perhubungan pekerja bukan sahaja bertujuan menjaga kebajikan wargakerja tetapi juga untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan seimbang.

Malaysia Airports senantiasa maklum akan cabaran yang perlu dipikul oleh wargakerjanya dalam menjalankan tugas dan adalah menjadi tanggungjawab Malaysia Airports untuk memastikan kemudahan dan keperluan wargakerjanya sentiasa diutamakan.Malaysia Airports juga tidak pernah lupa kepada hak dan kebajikan warga kerjanya.

Menurut Tan Sri Wan Abdul Aziz, "Anugerah Khidmat Setia Tahun 2013 ini diharapkan bukan sahaja dapat membakar semangat kerja, tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan rasa setia wargakerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Malaysia Airports.

Saya yakin warga kerja yang menerima Anugerah Khidmat Setia pada hari ini akan menjadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Malaysia Airports di samping menjadi "role model" kepada warga kerja yang baru menyertai Malaysia Airports."


Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar