Back to Top

Malaysia Airports Sdn. Bhd. Notis Privasi


Bookmark and Share

Lapangan Terbang Malaysia

Notis Privasi

Notis Privasi ini menentukan cara Lapangan Terbang Malaysia (Sepang) Sdn. Bhd dan Lapangan Terbang Malaysia Sdn Bhd (secara kolektif dirujuk sebagai "Lapangan Terbang Malaysia") akan mengendalikan maklumat peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA")) dan undang-undang Malaysia.

1. Perkara Yang Dijelaskan Oleh Notis Privasi

Notis Privasi ini menjelaskan

  • Bentuk maklumat peribadi yang kami kumpul
  • Bagaimana kami mendapatkan maklumat peribadi anda
  • Bagaimana kami mengguna maklumat peribadi anda
  • Bila masa kami memperlihatkan maklumat peribadi anda
  • Akses dan pembetulan kepada maklumat peribadi anda
  • Urusan dalam talian dengan Lapangan Terbang Malaysia

2. Komitmen Kami Kepada Anda

Lapangan Terbang Malaysia menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami, pengguna lapangan terbang kami dan orang awam. Kami akan komited untuk melindungi maklumat peribadi anda dan memastikan bahawa maklumat peribadi anda itu hanya digunakan hanya untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam notis ini.

3. Definisi Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi merujuk kepada mana-mana maklumat yang berkaitan dengan diri anda sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Maklumat ini termasuk mana-mana maklumat yang boleh digunakan untuk menentukan, mengidentifikasikan, atau untuk menghubungi anda. Bagi tujuan Notis Privasi ini, maklumat peribadi merujuk kepada sebarang maklumat anda, yang merangkumi maklumat peribadi yang sensitif berkaitan dengan kesihatan, pandangan politik, kepercayaan agama dan lain-lain.

4. Bentuk Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul

Untuk memudahkan Lapangan Terbang Malaysia beroperasi secara cekap dan efektif dan menyediakan khidmat terbaik kepada anda, pihak kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda yang akan merangkumi tetapi tidak terbatas kepada maklumat hubungan tentang diri anda dan/atau pihak-pihak lain yang anda bantu untuk membuat tempahan atau yang akan melancong bersama ("Rakan (Rakan-Rakan) Pelancong"). Maklumat peribadi yang terkumpul itu merangkumi nama, alamat (alamat-alamat), nombor (nombor-nombor) telefon, alamat (alamat-alamat) e-mel anda dan/atau Rakan (Rakan-Rakan) Pelancong anda serta maklumat hubungan lain yang relevan, maklumat pasport, tarikh lahir, maklumat demografi seperti umur dan jantina, negara tempat bermastautin, butiran penerbangan, maklumat perjalanan, maklumat yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan atau perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti hubungan untuk kecemasan, keutamaan tempat duduk dan diet tertentu atau keperluan perubatan, maklumat transaksi seperti butiran kad kredit, maklumat untuk tujuan pemasaran seperti keutamaan bahasa keutamaan komunikasi, maklumat yang terakam dalam sistem sekuriti, termasuk rakaman imej anda dalam Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan rakaman suara anda melalui panggilan telefon kepada pihak operasi lapangan terbang tertentu atau melalui talian telefon sekuriti.

Apabila anda memberikan maklumat peribadi Rakan Pelancong and kepada kami, dengan ini anda telah mengesahkan bahawa anda telah pun mendapat persetujuan Rakan (Rakan-Rakan) anda terlebih dahulu untuk memberikan kepada pihak kami maklumat peribadi mereka dan untuk menyemak atau menukar maklumat peribadi mereka itu.

5. Bagaimanakah Cara Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?

Pihak Lapangan Terbang Malaysia akan mendapatkankan maklumat peribadi daripada anda melalui satu atau lebih daripada satu kaedah-kaedah berikut:-

  • penggunaan mana-mana cara khidmat atau produk kami
  • borang yang dilengkapkan (sebagai contoh, borang pendaftaran pelawat, borang permohonan pas keselamatan) atau kupon-kupon (sama ada dalam talian atau dalam salinan cetak)
  • membuat pertanyaan dengan pihak kami (sama ada datang sendiri untuk berhubungan dengan seorang daripada staf kami, melalui telefon, melalui e-mel atau melalui laman web)
  • penyertaan dalam mana-mana tinjauan kami
  • penyertaan dalam mana-mana pertandingan kelolaan kami
  • respond kepada mana-mana bahan pemasaran yang kami hantarkan
  • melanggan satu daripada penerbitan kami (contohnya, surat-surat berita)
  • memulakan hubungan perniagaan dengan pihak kami (sebagai contoh, sebagai pembekal perkhidmatan atau sebagai penyewa)
  • membuat aduan dengan kami
  • mengunjungi mana-mana lapangan terbang atau pejabat kami
  • melayari laman web kami
  • memberi maklum balas kepada kami (sama ada melalui laman web atau salinan cetak)
  • memohon untuk kebenaran atau untuk kebenaran sekuriti untuk memasuki kawasan-kawasan larangan di dalam kawasan Lapangan Terbang Malaysia

Selain daripada maklumat peribadi yang diperoleh daripada anda secara langsung (seperti yang dinyatakan di atas), kami mungkin mendapatkan juga maklumat peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang kami berurusan dengan mereka atau yang berhubungan dengan anda, contohnya daripada pihak penerbangan, agensi-agensi pelancongan dan daripada sumber-sumber lain yang sedemikian berkaitan dengan sesuatu yang telah dipersetujui oleh anda untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan diri and dan/atau yang sebaliknya dibenarkan dari segi undang-undang. Pihak kami juga akan menggunakan Kamera Litar Tertutup (CCTV) untuk merakamkan rakaman tertentu (footage) di premis kami.

6. Cara Bagaimana Kami Guna Maklumat Peribadi Anda

Lapangan Terbang Malaysia mungkin akan mendapatkan maklumat peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak ketiga yang dikenal pasti di atas yang akan digunakan bagi satu atau lebih daripada satu tujuan berikut:-

  • untuk mengenal pasi anda dengan cara yang betul
  • untuk mempertimbangkan permohonan (permohonan-permohonan) /permintaan (permintaan-permintaan) anda bagi khidmat dan/atau produk kami
  • untuk dapat menghubungi anda dan menyampaikan mana-mana maklumat yang anda telah minta
  • untuk mengendalikan dengan lebih baik hubungan perniagaan yang mungkin pihak kami akan adakan bersama anda
  • untuk memproses sebarang komunikasi yang anda hantarkan kepada pihak kami (contohnya, menjawab sebarang persoalan dan menguruskan apa-apa aduan serta maklum balas)
  • untuk memperbaiki perkhidmatan dan/atau produk kami dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan/atau produk kami
  • untuk menyampaikan maklumat kepada anda tentang perkhidmatan (perkhidmatan-perkhidmatan), produk (produk-produk) dan tawaran (tawaran-tawaran) kami yang mungkin menjadi minat kepada anda
  • untuk memberi tahu kepada anda tentang faedah-faedah dan perubahan-perubahan kepada aspek-aspek perkhidmatan serta produk (produk-produk) kami
  • untuk menentukan cara bagaimana kami boleh mempertingkatkan perkhidmatan kepada para pelanggan kami;
  • untuk mengeluarkan data, laporan dan statistik yang dibuat atau yang terkumpul tanpa pendedahan nama, iaitu dibuat atau dikumpul dengan cara tidak menunjukkan nama anda sebagai seorang individu
  • untuk menguruskan operasi terminal dan airside termasuk sekuriti umum, keselamatan, aliran trafik dan pengurusan risiko
  • untuk merakamkan sebarang insiden yang melibatkan diri anda yang terjadi di kawasan milik Lapangan Terbang Malaysia
  • untuk mengekalkan rekod yang diperlukan bagi sekuriti, penerbangan, tuntutan atau mana-mana tujuan undang-undang yang lain
  • untuk menyiasat, bertindak balas terhadap tuntutan pembelaan yang dibuat untuk menentang, atau yang melibatkan Lapangan Terbang Malaysia dan/atau subsidiari-subsidiarinya
  • untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pemasaran (contohnya, penyelidikan pasaran)
  • untuk mematuhi keperluan-keperluan perundangan dan yang kebiasaan
  • bagi apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau yang dibenarkan dari segi perundangan, kawal selia, peraturan, garis panduan dan /atau autoriti-autoriti regular yang relevan

Rakaman peristiwa melalui CCTV, khususnya, boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:

  • tujuan-tujuan operasi seperti aliran trafik dan akses
  • untuk tujuan komitmen yang berkualiti
  • untuk membantu dalam usaha menghalang dan mengesan perilaku-perilaku jenayah dari segi gangguan-gangguan yang salah dari segi undang-undang terhadap penerbangan
  • memantau keselamatan dan sekuriti para pengguna serta pekerja lapangan terbang
  • mengesan dan mencegah penggunaan kemudahan milik kami yang menimbulkan syak wasangka, tidak wajar dan yang tidak dibenarkan
  • mengesan dan mencegah perilaku jenayah
  • mengendalikan penyiasatan-penyiasatan insiden

7. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada usaha menyediakan anda dengan produk kami serta pengurusan dan/atau operasi yang sama, Lapangan Terbang Malaysia mungkin diperlukan atau dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tentang diri anda kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad juga kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

  • Penyewa serta pemegang lesen Lapangan Terbang Malaysia (contohnya syarikat penerbangan, kedai-kedai runcit di terminal lapangan terbang, operator pengangkutan dan syarikat-syarikat lain yang beroperasi di kawasan milik Lapangan Terbang Malaysia)
  • syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi yang bertindak sebagai agen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami
  • syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi yang membantu kami untuk memproses dan/atau sebaliknya menguruskan transaksi yang anda minta
  • rakan niaga kami dan pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan secara langsung dengan tujuan mengumpul maklumat peribadi anda
  • pihak-pihak lain yang telah diberikan persetujuan oleh anda secara nyata atau secara tidak langsung

tertakluk pada setiap masa di bawah mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis-garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai untuk Lapangan Terbang Malaysia.

8. Pemasaran Langsung

Lapangan Terbang Malaysia mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda tentang menarik maklumat tentang perkhidmatan kami dan perkhidmatan pihak ketiga dan/atau produk kami yang mungkin anda minati atau yang mendatangkan faedah kepada anda, kecuali jika diminta oleh anda sebaliknya.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda yang relevan kepada peniaga terpilih, dan rakan kongsi strategik kami, yang mana persetujuan anda diperoleh terlebih dahulu dan tertakluk bersesuaian di bawah undang-undang pada setiap masa (termasuk peraturan, garis-garis panduan dan/atau obligasi) yang dapat digunakan untuk Lapangan Terbang Malaysia.

Kami mengambil langkah-langka yang berpatutan bagi memastikan perjanjian di antara pihak kami dan pembekal perkhidmatan akan merangkumi obligasi privasi dan kerahsiaan yang sewajarnya.

Jika anda tidak mahukan maklumat peribadi anda itu di gunakan bagi tujuan pemasaran, atau sekiranya anda berubah fikiran terhadap keputusan anda yang sebelum ini, sila hubungi kami di alamat yang tercatat pada bahagian akhir Notis Privasi ini. Pihak kami akan mematuhi arahan bertulis kepada pihak kami.

9. Apa Pula Jika Maklumat Peribadi Yang Anda Berikan Itu Tidak Lengkap?

Dalam ruang yang bertanda (contohnya dalam borang permohonan), adalah wajib bagi anda untuk memberi maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda bagi perkhidmatan dan/atau produk kami. Jika anda enggan memberi maklumat peribadi yang wajib itu, maka kami tidak dapat memproses permohonan anda atau memberi perkhidmatan atau produk kami itu.

10. Hak Anda Untuk Akses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Pihak kami akan membantu anda untuk mengakses dan untuk membetulkan maklumat peribadi anda dalam simpanan kami itu.

Apabila anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda dalam simpanan pihak Lapangan Terbang Malaysia, dan jika anda berpendapat bahawa maklumat peribadi dalam simpanan kami itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau di mana berkaitan, tidak di kemas kini, anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui setiap Borang Permintaan Akses Data atau or Borang Permintaan Pembetulan Data. Borang-borang ini boleh didapati di pejabat kami atas permintaan.

Kami akan berusaha dengan sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari selepas kami menerima Borang Permintaan Akses Data/Borang Permintaan Pembetulan Data dan yuran memproses yang relevan (jika ada).

Sila ambil perhatian bahawa Lapangan Terbang Malaysia terpaksa menghalang akses kepada maklumat peribadi anda dalam situasi-situasi tertentu, contohnya apabila pihak kami tidak dapat memastikan identiti diri anda, atau apabila maklumat yang diminta itu adalah jenis maklumat komersial yang sulit, atau jika kami menerima permintaan yang berulang kali bagi maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, pihak kami akan memberitahu anda tentang sebab mengapa permintaan anda tidak dapat disetujui.

11. Urusan Dengan Lapangan Terbang Malaysia Dalam Talian

Cookies

Lapangan Terbang Malaysia mendapat maklumat tentang penggunaan laman web kami oleh anda daripada cookies. Cookies adalah kotak maklumat yang tersimpan di dalam komputer anda dan yang membantu pelayaran laman web anda dengan cara membuat pindaan kepada maklumat mengikut kemahuan anda. Cookies itu sendiri tidak mengidentifikasikan pengguna sebagai individu, tidak seperti yang dilakukan oleh komputer. Anda tidak diwajibkan menerima cookies. Jika anda bimbang, anda boleh menetapkan komputer anda sama ada untuk menerima kesemua cookies, untuk memaklumkan anda apabila cookie dikeluarkan, atau tidak menerima cookies pada sebarang masa pun. Walau bagaimanapun, jika anda enggan menerima cookies, ia boleh memberi kesan kepada penggunaan laman web anda kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web anda.

Pautan Ke Seluruh Laman Web Pihak Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini diaplikasikan hanya untuk laman (laman-laman) web kami, dan ia tidak diaplikasikan bagi mana-mana laman web pihak ketiga yang anda boleh akses daripada laman (laman-laman) web kami. Untuk menentukan cara bagaimana laman web pihak ketiga (contohnya Twitter, Facebook, YouTube) menyelaraskan Maklumat Peribadi anda, anda seharusnya memastikan bahawa anda telah membaca setiap satu notis/polisi privasi mereka itu.

12. Mengemas Kini Notis Privasi Kami

Lapangan Terbang Malaysia mungkin akan meminda Notis Privasi ini dari masa ke masa. Sila semak laman web kami secara berterusan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan-amalan terkini kami.

13. Butiran Tentang Cara Menghubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang - Isnin hingga Jumaat) di alamat berikut:

Jawatan: Pengurus Care

Telefon: 03-87777000

No Fax: 03-87777210

E-mel: CARE@malaysiaairports.com.my

Alamat: Malaysia Airports Holdings Berhad

Malaysia Airports Corporate Office,

PersiaranKorporat KLIA,

64000 KLIA Selangor.

Versi Notis Privasi ini yang terkini boleh didapati di laman web kami di: www.malaysiaairports.com.my

Iklan
Sustainability Report
Annual Report 2016