Back to Top

Latest News

 

Bookmark and Share

Malaysia Airports tingkat faedah untuk warga kerja melalui Perjanjian Bersama ke-7 (CA7)

19 December 2013

Sepang, 19 December 2013 - Warga kerja Malaysia Airports bakal menerima faedah yang lebih baik setelah Malaysia Airports menandatangani Perjanjian Bersama ke-7 (CA7) dengan kesatuan-kesatuan sekerjanya hari ini.

Tan Sri Dato' Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports menyatakan, "Malaysia Airports senantiasa mencari ruang dan peluang dari masa ke semasa untuk mengeratkan lagi hubungan di antara majikan dan kesatuan sekerja kerana kami percaya hubungan baik ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Malaysia Airports menganggap semua warga kerjanya sebagai aset paling penting untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni demi kebaikan bersama Syarikat dan juga warga kerja."

"Oleh kerana hubungan baik ini jugalah, perjanjian bersama kali ke-7 (CA7) ini dipersetujui dan dimeterai. Perjanjian ini akan berkuatkuasa dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016, tambah Tan Sri Wan Abdul Aziz.

Kata Tan Sri Wan Abdul Aziz lagi, "Saya percaya, sebagai majikan yang prihatin dan adil, layanan yang sama perlu diberikan kepada semua peringkat kakitangan, sama ada eksekutif mahupun bukan eksekutif. Layanan sama rata ini adalah merupakan salah satu asas kepada hubungan baik yang telah dan akan terus terjalin di antara kedua belah pihak."

Objektif utama perjanjian ini ialah untuk mewujudkan keharmonian perusahaan di antara Syarikat dan Kesatuan dengan mengadakan peraturan dan kefahaman yang jelas dalam perkara-perkara berkaitan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan para pekerja yang diwakili Kesatuan.

Ia juga penting untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab Syarikat dan pekerja-pekerjanya, Kesatuan dan ahli-ahlinya di samping mewujudkan saluran dan cara yang teratur dan berkesan untuk menyelesaikan salah faham, rungutan atau kemusykilan yang timbul dalam tempoh perjanjian ini.

Dalam perjanjian kali ini, faedah dalam bentuk kewangan keseluruhan adalah di antara agenda utama dengan semua warga kerja bakal menerima pelarasan mengikut struktur gaji baru dan penambahbaikan terhadap elaun-elaun yang diberikan kepada semua wargakerjanya. Oleh itu, warga kerja pengendali lapangan terbang ini bukan sahaja bakal menikmati pakej yang lebih baik secara keseluruhan malahan selari dengan pasaran semasa.

Malaysia Airports juga akan meneruskan pelaburan modal insannya demi memberi semangat dan galakan kepada semua warga kerja Malaysia Airports untuk terus meningkatkan prestasi kerja dan daya saing.

Menurut Tan Sri Wan Abdul Aziz, "Perjanjian bersama ini menunjukan wujudnya jalinan persefahaman, sikap toleransi dan saling faham memahami serta ikatan permuafakatan yang begitu mantap dan juga ikhlas antara Kesatuan dan Majikan. Ikatan ideal seperti inilah yang senantiasa diharapkan, di mana pihak Majikan dan Kesatuan sentiasa saling bekerjasama dan bermuafakat, ke arah mencapai wawasan dan visi Syarikat dan seterusnya negara."

Pada Majlis Menantangani Perjanjian Bersama ini, pengurusan Malaysia Airports diwakili Pengarah Urusannya, Y.Bhg.Tan Sri Bashir Ahmad dan Puan Ir.Suradini Abdul Ghani, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusiamanakala Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung Malaysia (KESMA) diwakili oleh En Hussin Hj Shahar (Yang Dipertua) dan Pn. Aindatul Akma Zainey (Setiausaha); Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sabah & Labuan (KEPMAS) diwakili oleh En. Rijap Saman (Yang DiPertua) dan En. Ismail Elin (Setiausaha) manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sarawak (KEPEMAB) diwakili oleh En. Hamdan Bohari (Yang DiPertua) dan Pn. Lolita Aman (Setiausaha).


Advertisement
Events Calendar