Back to Top

Latest News

 

Bookmark and Share

407 WARGA KERJA MALAYSIA AIRPORTS TERIMA ANUGERAH KHIDMAT SETIA BERUPA SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN

31 May 2016

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) meraikan warga kerja syarikat yang telah berkhidmat dan bakal bersara dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Setia Ke 14 - 2016.

Untuk tahun ini, Malaysia Airports memilih untuk menghadiahkan sejumlah wang saguhati dalam bentuk Sijil Simpanan Premium keluaran BSN. Langah ini diambil bertujuan memberi galakan kepada warga kerjanya untuk melakukan pelaburan jagka masa panjang

Majlis yang diadakan di Sama-Sama Hotel KLIA pada hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali.

Dalam ucapan pembukaan beliau, Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua penerima anugerah di atas kesetiaan dan komitmen yang berterusan kepada syarikat. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga kerja Malaysia Airports yang telah lama berkhidmat dengan penuh rasa setia dan dedikasi kepada syarikat. Malaysia Airports sangat bertuah kerana mempunyai warga kerja yang sangat komited dan sesungguhnya kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada usahasama dan kerja kuat anda semua."

Anugerah Khidmat Setia ini adalah salah satu daripada aktiviti penglibatan pekerja yang telah diadakan pada setiap tahun oleh Malaysia Airports. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menghargai sumbangan warga kerja yang telah banyak berjasa tetapi  juga bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan seimbang dikalangan warga kerjanya.

Untuk tahun ini, seramai 407 orang warga kerja Malaysia Airports telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Khidmat Setia. 39 dari jumlah tersebut menerima penganugerahan atas dedikasi setelah berkhidmat untuk syarikat selama 20 tahun manakala 327 orang penerima bagi kategori khidmat setia selama 10 tahun. 41 warga kerja yang bakal bersara daripada perkhidmatan turut diraikan bagi menghargai jasa khidmat mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Malaysia Airports.


 
Advertisement
Events Calendar