Back to Top

News

 

Bookmark and Share

KELAS CERIA MALAYSIA AIRPORTS MENERUSI PROGRAM AIRPORT@COMMUNITY SASAR BERI KUALITI PEMBELAJARAN LEBIH BAIK

15 February 2018

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Airports Mewujudkan Persekitaran Yang Selesa dan Kondusif Bagi Menjadikan Proses PdP Calon UPSR di SK Subang Lebih Menyeronokkan. 

Subang- Berteraskan kepercayaan pembentukkan modal insan yang bernilai bermula daripada awal pendidikan, Malaysia Airports menerusi salah satu inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) nya iaitu Airport@Community mewujudkan sebanyak 10 buah Kelas Ceria Malaysia Airports  sebagai usaha menjadikan pendidikan formal di sekolah suatu pengalaman yang ceria dan menyeronokkan. Sasaran tersebut dicapai dengan jalinan usahasama di antara Malaysia Airports dan Sekolah Kebangsaan Subang (SK Subang) dan di antara program yang terkandung ialah seperti membaikpulih prasarana sedia ada serta sumbangan peralatan sukan ragbi dan memanah. 

Menerusi satu Majlis Penyerahan Kelas Ceria dari pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airports kepada Guru Besar SK Subang pada pagi ini, pengarah urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata “Malaysia Airports merupakan sebuah organisasi yang sangat prihatin kepada persekitaran terutamanya kepada masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan di mana lapangan-lapangan terbang kami beroperasi. Pada permulaan perbincangan kami bersama pihak sekolah, kami dapat melihat banyak struktur prasarana yang perlu dibaikpulih. Melalui sumbangan sebanyak RM50,000 yang telah dibuat pada akhir Oktober tahun lepas bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, kami telah membantu pihak sekolah untuk membaikpulih lantai bilik darjah yang pecah dan berlubang yang boleh mengancam keselamatan murid-murid seterusnya menyebabkan kecederaan untuk berlaku. Kami juga telah menggantikan pintu-pintu lama, papan lembut dan cermin tingkap yang telah rosak kepada yang baru demi keselesaan mereka kerana kami percaya dengan mewujudkan persekitaran yang baik dapat meransang motivasi mereka ke sekolah setiap hari. Kami gelarkan kelas-kelas bertuah ini sebagai Kelas Ceria Malaysia Aiports”.

Program yang memberi manfaat kepada hampir 300 orang murid darjah enam ini dilihat sebagai satu usaha yang mapan daripada syarikat korporat bukan sahaja untuk mempersiapkan mereka untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hujung tahun ini, malah proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan lebih mudah dijalankan. Beberapa siri perbincangan telah dibuat bersama di antara Malaysia Airports dan warga pendidik dari SK Subang bagi mengenal pasti punca serta solusi yang boleh diambil sebelum matlamat CSR ini dapat direalisasikan. 

Dalam majlis penyerahan yang sama, beberapa demonstrasi aksi memanah dan persembahan tarian ‘Hakka’ turut dipersembahkan oleh para pelajar. Ianya sebagai simbolik penghargaan daripada pihak sekolah kepada Malaysia Airports yang telah menyumbang peralatan sukan ragbi dan sukan memanah kepada SK Subang pada akhir tahun 2017. “Ianya merupakan sesuatu yang membanggakan dan luar biasa bagi sebuah sekolah harian sepertinya berjaya menganjurkan dan mewujudkan sukan tersebut di kalangan pelajarnya semenjak Jun 2017. Beberapa klinik sukan ragbi dan memanah mungkin bakal diadakan di bawah program duta atlet sebagai susulan kepada inisiatif CSR kami ini” tambah Badlisham. 

Badlisham turut menandatangani sebuah plak perasmian Kelas Ceria Malaysia Airports sebagai sebuah simbolik penyerahan kepada sekolah. Di akhir program CSR ini, Malaysia Airports mengedarkan pek makanan kepada murid-murid di SK Subang.

Setakat Disember 2017, Malaysia Airports telah menjalankan inisiatif CSR mereka ke 9 buah sekolah samada dari segi membaikpulih prasarana sekolah, membantu pelajar untuk mengatasi penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah serta klinik-klinik sukan. 



Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar