Back to Top

Latest News

 

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS BERI SINAR KECERIAAN KEPADA 80 PELAJAR DENGAN BANTUAN PERSEDIAAN MENYAMBUT PERAYAAN AIDILFITRI 2018

14 May 2018

Program Beli Belah Tahunan Diteruskan Bagi Membantu Persiapan Sambutan Hari Perayaan Bagi Pelajar Kurang Bernasib Baik 

SEREMBAN 2 – Malaysia Airports meraikan seramai 80 orang pelajar dari dua buah sekolah apabila mereka dibawa ke satu sesi membeli belah bagi membantu persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri akan datang. Ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah rangka kerja program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) orgnanisasi itu yang dikenali sebagai Ceria Ramadhan 2018 bertujuan untuk memberi semula kepada komuniti sekeliling atau Airport@Community. Dua buah sekolah tersebut yang terletak di Sepang itu adalah SK Sungai Rawang dan SK Taman Pantai Sepang Putra. 

Menurut pengarah urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali, “Program CSR Ceria Ramdhan merupakan sebuah program tahunan yang telah masuk tahun ketiga penganjurannya oleh Malaysia Airports dengan usahama Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2016. Malaysia Airports amat komited dalam membantu masyarakat sekeliling terutamanya kepada komuniti yang berada di sekitar lapangan terbang kami beroperasi. Program beli belah ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung khususnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan kerana kos persiapan meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri boleh menjadi agak tinggi.” 

Ujar Badlisham lagi, “Justeru, kami mengambil inisiatif proaktif ini untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka turut merasa kemeriahan sambutan hari raya. Jelas tergambar kegembiraan di wajah para pelajar ini apabila mereka dapat memilih sendiri persalinan raya dengan peruntukan yang telah kami sediakan kepada mereka. Ianya nampak kecil, namun kegembiraan mereka amat besar ertinya kepada kami.” 

Sumbangan sebanyak RM66,996 itu disampaikan kepada wakil kedua-dua buah sekolah oleh Badlisham di sebuah pasaraya terkemuka yang terletak di Seremban 2, di mana sesi beli belah juga turut diadakan.  Seramai lebih kurang 40 orang sukarelawan Skuad Ceria yang terdiri daripada kakitangan dan pengurusan tertinggi Malaysia Airports turut bersama-sama para pelajar ini dalam sesi membeli belah pada hari ini. 

Selain persalinan baju raya, para pelajar turut menerima sumbangan berupa duit raya dan hamper coklat daripada Malaysia Airports bagi sebelum mereka dibawa ke restoran bagi menikmati hidangan makanan setelah sesi membeli belah selesai. 

Tambah Badlisham lagi, “Kami berharap usaha kebajikan seperti ini tidak terhenti di sini. Kami akan cuba sedaya upaya mewujudkan lebih banyak lagi program seumpamanya di masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan. 

Turut bersama dalam pengagihan dan program membeli belah ini adalah Ustaz Ustaz Mohd Helmi Mohd Nuri yang juga merupakan Ketua Operasi Agihan Zakat Daerah Sepang.


Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar