Back to Top

News

 

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS PIKAT SELERA PENGUNJUNG DI KLIA & klia2 MENERUSI FESTIVAL NASI AMBENG

06 April 2017

SEPANG – Malaysia Airports terus mempergiatkan kempen mempromosi Jenama Malaysia di lapangan terbang dibawah kendalian syarikat itu dan kali ini, menerusi kolaborasi bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Selangor untuk mempromosikan Festival Nasi Ambeng yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian negeri Selangor di terminal KLIA dan klia2.

Festival Nasi Ambeng di terminal KLIA dan klia2 adalah salah satu program Malaysia Airports di bawah inisiatif ‘Joyful Malaysia’ yang bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai warisan budaya tradisional di Malaysia di terminal KLIA dan klia2, yang merupakan pintu masuk utama ke Malaysia. Inisiatif ‘Joyful Malaysia’ ini juga bertujuan untuk memperkenalkan keunikan rasa makanan dan produk tempatan dan sekaligus mendukung agenda nasional bagi mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Pengarah JKKN, Ghazali Bidin menzahirkan rasa penghargaan beliau di atas usahasama bersama Malaysia Airports, “Kami di JKKN merakamkan jutaan terima kasih diatas kesudian dan sokongan yang telah diberikan oleh Malaysia Airports dalam menjayakan Festival Nasi Ambeng yang julung kalinya diadakan di KLIA dan klia2 dan saya berharap kerjasama di antara JKKN dan Malaysia Airports dapat diteruskan bagi program-program lain di masa hadapan dalam memperkenalkan seni warisan budaya tempatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia”

“‘Joyful Malaysia’ adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Pengalaman Lapangan Terbang Keseluruhan’, yang merupakan salah satu teras strategik di bawah Pelan Perniagaan Lima Tahun Malaysia Airports, Runway to Success 2020 (RtS2020) dan bertujuan untuk memberikan pengalaman ceria kepada pengguna lapangan terbang kami menerusi kekayaan warisan budaya dan kesenian Malaysia. Kerjasama bersama JKKN ini adalah testimoni akan komitmen kami untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian budaya dan seni Malaysia kepada pelancong asing di KLIA & klia2,” jelas Nik Anis Nik Zakaria, Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Malaysia Airports.

Sepanjang tahun 2017, Malaysia Airports telah berkolaborasi bersama badan pelancongan negeri Melaka dan Perak di bawah inisiatif ‘Joyful Malaysia’ dengan memperkenalkan makanan tradisi dan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan negeri tersebut kepada pengguna lapangan terbang di terminal KLIA dan klia2 selama sebulan. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan untuk memperkenalkan produk keluaran mereka kepada khalayak ramai khususnya pengguna KLIA dan klia2.

 



Advertisement
FB Like Banner
25th Anniversary Contest