Back to Top

News

 

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS SALURKAN SUMBANGAN KEPADA KOMUNITI DISEKITAR LAPANGAN TERBANG SEMPENA SAMBUTAN SERENTAK ULANGTAHUN KE-25 DI KESEMUA LAPANGAN TERBANG DIBAWAH KENDALIANNYA

01 November 2017

SEPANG – Malaysia Airports memperingati tarikh perbadanan syarikat dengan menjalankan sambutan serentak ulangtahun ke-25 pada 1 November 2017 di kesemua lapangan terbang bawah kendaliannya. Sambutan serentak ini merupakan salah satu daripada beberapa program sambutan ulangtahun yang telah dijalankan sepanjang tahun dan ia khusus bagi menghargai wargakerja Malaysia Airports yang merupakan tunjang utama setiap kejayaan yang dikecapi. 

Wargakerja dirai dalam satu majlis Pesta Buah-Buahan di mana setiap lapangan terbang juga telah dikunjungi oleh barisan pengurusan tertinggi syarikat. Selain itu, syarikat juga telah mengambil peluang untuk menyalurkan wang sumbangan kepada komuniti di sekitar lapangan terbang sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat.

Sumbangan pada tahun ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, pengerusi Malaysia Airports bertempat di Pejabat Korporat Malaysia Airports Sepang, dan oleh Datuk Badlisham Ghazali, pengarah urusan Malaysia Airports di Lapangan Terbang Sandakan. 

Sejumlah RM40,670 telah disampaikan kepada Encik Ibrahim Jumaat, salah seorang penduduk Kampung Labu Lanjut bagi menampung kos perbelanjaan memperbaiki rumah beliau yang telah uzur. Peruntukkan telah diberikan bagi membaiki rumah beliau yang mengalami kebocoran dan kerosakan, serta juga turut menambah baik saliran sekitar kediaman beliau bagi mengelakkan keadaan banjir kilat ketika hujan lebat. 

Manakala sumbangan sebanyak RM57,500 pula telah disalurkan kepada komuniti sekitar Lapangan Terbang Sandakan khususnya bagi 23 buah rumah mangsa kebakaran di Kampung Sim Sim. Setiap rumah masing-masing menerima RM2,500 bagi membantu meringankan beban akibat kenusnahan kediaman akibat kebakaran pada 29 September yang lalu.

Secara keseluruhannya, sejumlah RM98,170 telah diperuntukkan oleh Malaysia Airports kepada komuniti disekitar lapangan terbang dalam usaha untuk membantu golongan yang  kurang bernasib baik untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Semoga dengan sumbangan ini dapat menzahirkan komuniti yang ceria bukan sahaja di lapangan terbang tapi juga kawasan sekittarnya.


Advertisement
FB Like Banner
Events Calendar