Back to Top

News

 

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS JALIN KERJASAMA DENGAN CYBERSECURITY MALAYSIA, TERUS KOMITED PERKASA KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG

15 March 2017

SEPANG – Malaysia Airports dan CyberSecurity Malaysia hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin satu kerjasama dalam bidang keselamatan siber bagi memperkasa keselamatan siber terutama berkaitan system IT di lapangan terbang dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Sama-Sama KLIA, tengahari tadi.

Melalui persefahaman ini, CyberSecurity Malaysia yang merupakan peneraju kepakaran keselamatan siber negara telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan kepada Malaysia Airports bagi memperkukuhkan tahap keselamatan siber yang akan dijalankan secara berperingkat. Antara perkhidmatan yang akan disediakan merangkumi khidmat nasihat berkaitan keselamatan siber dalam perancangan dan halatuju teknologi pemprosesan data atau maklumat (IT), pengurusan insiden keselamatan siber, forensik digital, pembangunan kompetensi dan keupayaan dalam bidang keselamatan siber, program kesedaran dan pembudayaan keselamatan siber, jaminan keselamatan (Security Assurance)dalam talian dan pensijilan produk keselamatan siber. Aspek keselamatan siber ini merupakan sebahagian usaha Malaysia Airport dalam memastikan tahap keselamatan di ke semua lapangan terbang di bawah kendaliannya sentiasa berada ditahap yang optimum dan terbaik.

Majlis menandatangi MoU itu disempurnakan oleh Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports dan Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia sambil disaksikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berada di situ untuk satu lawatan kerja. Timbalan Perdana Menteri juga sempat meninjau latihan ‘Table Top’ keselamatan dan kecemasan Malaysia Airports dalam menangani insiden keganasan.

Sesi latihan ‘Table Top’ keselamatan dan kecemasan Malaysia Airports ini diadakan secara berkala daripada semasa ke semasa dan yang terbaru ini merupakan lanjutan latihan berskala penuh menangani insiden keganasan yang telah dijalankan di Lapangan Terbang Antrabangsa Kota Kinabalu lewat tahun lepas. Latihan-latihan sebegini melibatkan kesemua pihak-pihak berkepentingan di lapangan terbang termasuk syarikat penerbangan dan pihak berkuasa. Ia bertujuan untuk memperkemas persediaan serta menilai kemampuan dan keupayaan agensi-agensi terbabit dalam menangani sebarang situasi keselamatan dan ancaman di lapangan terbang. Latihan keselamatan ini juga adalah selaras dengan undang-undang yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Advertisement
FB Like Banner
25th Anniversary Contest